BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 31, 2011

kisah dua orang budak..


assalamualaikum...
today is monday..
tadi mase cik aien dok godek2 facebook 2 kan..
cik aien terjumpe satu cite nie...
kat FB kawan cik aien..
cik aien rse cam best jek cite 2..
so,nie yang share ngan pembace2 yang bakal sggah di blog cik aien nie...hehe
jom3..bace cite pendek nie..

Dua orang kanak-kanak bermain-main di kawaan padang rumput. Semasa melintasi selonggok ranting kayu, mereka terjumpa tahi arnab bersepah-sepah.

"Eh hapa ini, macam pil laa..."

"Oh...inilah Pil Cerdik. Sapa-sapa yang makan pasti akan menjadi cerdik."

Budak itu pun makan, "Erghk...rasa macam tahi la..."

"See...See.. ngko sudah pun menjadi cerdik.." kata budak yang satu lagi
 
 
sekadar gambar hiasan...
 
da bce??best?hehe..tata..itu sahaje!


Saturday, January 29, 2011

Edit Photo Contest??



assalamualaikum
da tajuk pun contest..
so, mesti lar isi2 nyer berkaitan contest kan??
nak tau lebih lanjut?
jap eh..


nie gambar tuan empunya contest!!




cik aien nak join..
kalau korang nak join jgak..


klik sini!! 



eh..eh..!!
sbelum klik meh tgok hasil cik aien dulu..hehe..


cik aien pun bkak lar album2 lama nak cari gambar..
lpas penat dok pilih2..
akhirnya..
ini adalah foto2 yang akan dipertaruhkan!!
meh tgok!





wahai gambar "menjeling2 mataku kami bertentang"..bawalah tuah pada cik aien..huhu =p




cik aien sedang termenung....=)


gambar dah ade..
untuk mlengkapkan syarat2 contest..
cik aien mesti edit gambar2 nie..
apakah ia berhasil??
nak tgok??
jom!!

 
 ::: maka ini hasilnya :::


gambar pertama..=)



gambar kedua..=)


opss!!
terlupa plak..
cik aien kena tag kawan2 len lar..
ini gadis2 terpilih yang cik aien nak tag..

:: cik eita ::
:: cik atie ::
:: cik salina ::


ok siap!
hope diterima oleh tuan empunyer contest k!!
tata!!

Friday, January 28, 2011

CIK AIEN jadi penulis cerpen!!!


assalammualaikum..
kali nie cik aien nyer entry len ckit...
why dear??
sbb cik aien nak join contest!!
firts time der!!
contest pe nie cik ain??
mai nak cita...


untuk join contest nie..
cik aien harus reka karangan atau puisi secara berurutan
berdasarkan perkataan2 tersebut :

:: tepung talam
:: gangguan seksual
:: permata
:: makna kembiri
:: halwa maskat
:: kak cik seroja
:: pakaian untuk mendaki
:: sajak ulang tahun kelahiran
:: zombi kampung pisang
:: jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi


eh2 jap...
anjuran sapa nie cik aien?
taraa.....

blog kak cik


::: maka ini adalah hasilnya :::



Pertama kali kami bertentang mata. Tiada apa-apa  yang kurasa. Cinta? Hmm... tak mungkin.Aku tidak pernah memikirkan hal cinta lagi setelah aku gagal di dalam dunia cintaku suatu ketika dahulu. Pedih. Itulah yang aku rasai ketika hati aku dilukai, dan kerana itulah aku tidak sanggup untuk membayangkan bercinta dengan dia yang tidak aku kenali.


Namun, siapalah aku untuk menghalang cerita yang telah diatur oleh yang maha berkuasa. Aku rela dengan kisah baru hidupku.


Tit..tit..lamunan aku diganggu oleh bunyi mesej dari telefon bimbitku. Tanpa berlengah aku trus mencapainya dan membaca mesej yang entah dari siapa pengirimnya.


hai ayg..tgah wat pe 2..syg da smpai uma nie.igt janji ayg tau!


Janji? Aku hampir terlupa akan janji aku padanya. Membuat kuih tepung talam! Kerana dialah aku belajar membuat kuih kesukaannya itu.


“Demimu sayang apa sahaja akan aku usahakan.” Kata aku sendirian sambil tersenyum.


Kuih telah pun tersedia di atas meja. Aku mencapai surat khabar untuk mengetahui isu-isu semasa. Memang begitulah rutin harianku. Sehari tidak menyelak surat khabar ibarat tidak sempurna hidupku.


Aku tertarik dengan satu artikel iaitu tentang gangguan seksual yang semakin menjadi-jadi dikalangan rakyat Malaysia sekarang, sampaikan aku hendak keluar rumah pun aku rasa takut. Entah bila semua ini akan berakhir. Kesian aku melihat orang-orang yang menjadi mangsa mereka yang tidak berhati perut. 


Setelah selesai membaca surat khabar aku mencapai pula buku Permata Hatiku. buku ini membawa makna yang sangat dalam pada aku kerana buku ini adalah pemberian kekasih hatiku. Terima kasih sayang!

“Assalammualaikum, hai saya Zulfazli, boleh saya duduk sebelah awak?” sapa lelaki itu. 

“Waalaikumussalam, saya Radiatul Ain.Tempat nie bukan hak saya dan sesiapa saja boleh duduk.” Jawab aku sambil tersenyum.

“Saya perlukan bantuan awak ni, saya nak awak tolong carikan makna kembiri boleh?” Dia bersuara lagi


Entah kenapa sejak petemuan yang pertama itu aku merasakan ada suatu perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan. Ah!mungkin itu perasaan aku sahaja.


“Adoi!sakitlah!kau nie bagi salam dulu boleh tak?” jerit aku pada Zati yang tiba-tiba menepuk bahuku.

“Kau ni mengelamun je,orang lain pun bercinta jugak tapi tak macam kau angau! Eh! Aku ada bawakkan kau halwa maskat ni, kak cik seroja yang buat tadi,kau makanlah ye ” balas sahabatku itu.


Ah!terkena aku dengan kata-kata sahabat rapatku itu. Aku bukan angau tapi biasalah kan orang sedang bercinta. Zati merupakan sahabat yang paling rapat dengan aku kerana dialah orang pertama yang aku kenal masa mula-mula aku menjejakkan kaki di tempat pengajianku ini.


Esok aku akan menyertai aktiviti mendaki gunung. Salah satu aktiviti kegemaranku. Walaupun sering dihalang oleh kekasih hati kerana bimbang akan keselamatan diriku tetapi aku tetap berdegil. Aku harus segera mengemas pakaian untuk mendaki kerana awal pagi esok aku harus berkumpul di dewan besar.


Sedang aku mengemas tiba-tiba melayang sekeping kertas dari celah-celah lipatan pakaianku di dalam almari itu. Segera aku menyambutnya lalu membaca isi kandungan yang tercoret di atas kertas tersebut. Tertera dengan jelas di atas kertas itu sebaris ayat ‘Sajak Ulangtahun Kelahiran Pujaan Hatiku’. Hatiku disiram perasaan rindu lagi. Zul aku rindukan kau!


Mengenangkan esok aku harus bangun awal maka aku harus tidur awal malam ini. Kalau dilayan perasaan angau aku sampai esok pun aku mampu berangan. Aduhai terkena aku dengan panah tajam cintamu sayang!


Entah kenapa zombie kampung pisang pulak yang menjadi penyeri mimpi tidurku. Akibat penat mimpi lari dikejar zombie aku terjaga daripada lena. Tiba- tiba aku terkenang bonda yang jauh dimata. Sudah lama aku tidak mendengar leteran bonda. Masih aku ingat akan pesanannya.


Jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi kamu mesti bagun supaya senang rezeki masuk, jangan diikut mata yang mengantuk tu! ” pesan bonda kepada anak perempuannya ini.


Hmm..jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Aku bangun longlai menuju ke bilik mandi membersihkan diri untuk menunaikan tanggungjawab aku sabagai hambaNya. Sejuk!


Setelah usai solat subuh, aku menadah tangan memohon seribu pertolongan dari yang Maha Kuasa. Terase begitu kerdil diriku ketika ini.



“Ya allah..aku memohon keampuan kapadamu di atas segala dosa-dosaku ini dan aku mohon kau permudahkanlah segala urusanku..Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Tetapi Ya Allah.. Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku Engkau bawalah dia jauh daripada pandanganku. Luputkanlah dia dari ingatanku. Dan periharalah aku dari kekecewaan.Ya Allah...Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai..Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin..” Semoga allah mendengar rintihan hatiku ini..


Aku da terlewat!aduh..........


jika ini takdirnya....amin..=)
 ok guys!
siap! 
hanya rekaan semata-mata ok!!
hehe..
















3 idiots..??



salam sayang wat semua sahabat alam mayaku...
skang jam menunjukkan pukul 8.51 pm..
dari petang tadi cik aien dok pk nak tulis cite ape lar kat blog yang cumel nie..
(tgok?blom ape2 lg da dok puji blog die..)
eh2..bia aku ler...huhu..


emm..korang pernah tgok satu cite pas2 rase cam best sgt cite 2..
pernah x??
mesti pernah kan??


cik aien xsuke tgok cite yg berulang2..
skali tgok da ckup!xmau ulang2 dah!!


cite yg bakal cik aien cite nie da lame wujudnye...
tapi disebabkan cik aien baru tgok..
so,kira baru ar kan??
hehe..pe2 lar ye!


camnie..
pada suatu petang yang hening..angin bertiup sepoi2 bahasa..
tatkala itu hatiku bermonolog sendirian....
"dimanakah putera yg bisa menyentuh hatiku??"
 hehe..cehh!!
mcam nak uweek jek bce!!
haha..

mse cik aien tgah dok berangan tentang sang putera 2..
tibe2..ada satu suara yg dtg mengganggu!!


"alang!meh tgok cite nie..mcam best jek!"
suara sape 2??
adik cik aien ler...


cik aien pun duduk lar depan tv tgok cite 2..
pe tajuk cite 2 cik aien?
nak thu ke?
nie ha tajuk nyer..!




cite pun da tajuk bodoh kan??pe yg bes nyer??



3 idiots??
menceritakan tentang seorang anak muda yang genius yang sgt suka pada cabaran!
  Dia mampu mengubah segalanya menjadi lebih baik!
camne 2?? 
sebut "all iz wel"!!
walau ape pun yang berlaku die akan tepuk dada dan
berkata "all iz wel" dan segalanya akan berjalan lancar..!!
 tapi!
ade cerita disebalik cerita
kalau nak tau tengok la cerita ni ok!! =)



 xkenal maka xcinta..kan3??
nie cite hindustan..
korang jgan pk cik aien nie suke cite jiwang2 hindustan plak..
hehe..
cite nie pasal persahabatan..
mmg best lar!!
i like!!


ee!!
cite nie mmg best ar!
x nyesal lau tgok..
byak masej yg nak disampaikan...
cite nie boleh ubah cara pmikiran kite dalam bersahabat dan dalam khidupan kite...
3 idiots tapi...
nie cite org bijak beb!!


kenapa cik aien ckap cite nie bgus n best??

:: nilai persanabatan yang sggup berkorban antara satu sama lain.
:: prinsip hidup yang dapat membawa kejayaan.
:: adegan2 lucu yang sgt3 mengelikan hati!
:: dugaan perjalanan hidup antara mngejar cita2 dan kehendak ibu bapa. 


ok ye teman2 ku sygg...
tulis pnjang pun xgune lau korang xtgok lagi cite nie..
hehe..
cepat2!!
cari cite nie!!


elee..ye2 jek cik aien..tah best ke tak..
xcaye??
ok fine!!
g tgok sendiri best ke x!!
da..xnak kawan!!


"walau ape pun terjadi sebutlah all iz well"


p/s : all iz well seme dengan segalanya baik..









 

Wednesday, January 26, 2011

pEtaNg ItU daN LaBu

asssalammualaikum dan salam satu malaysia
nape tajuk entry nie pelik jek ek??
mcam cite dolu-dolu jek..
sang kancil dan buaya..


hai!
nape nie?ade masalah ke ngan tajuk 2??
pelik?
pening?
or...xpaham langsung??
opps!!
jangan risau..
mari bace cik aien  nyer cerita!!

camnie..petang tadi hujan..so,paham2 ar lau da hujan nie..
confirm perut pun mintak di isi kan??
lapar lar.....
nak makn ape eh??
jap..pikir2..
emmmm........

ha!!
tibe2 tringat buah labu blakang uma..
jeng3...

<< pengat labu >> 

so..cik aien pun mulakan projek membuat pengat labu!!
hehe..mesti sedap mkan time hujan camnie..
jom2!!


 labu nie abah tanam..maaf abah..untuk perut kite semua..hehe


lpas amik buah labu..
cik aien nak sediakan bahan2 untuk masak plak..
meh nak bagitau bahan2 nak wat pengat labu..

:: daun pandan
:: santan
:: gula kabung (ade  org pgil gula melaka)
:: gula pasir (gula yang wat air 2 lar!)
:: garam
take note tau!!



daun pandan nie abah tanam jgak..amik blakang uma..hehe



 labu yang telah siap di potong..




 santan kelapa..




 gula kabung dan gula pasir..


dah ready nak masak!!
ok ye tuan2 n puan2..
kite campurkan semua bahan tadi ke dlm satu periuk..



tgok 2!ada labu,daun pandan,gula kabung,santan..gula pasir malu nak tunjuk diri..hehe

 

kemudian letak atas dapur gas..
pastikan api telah dipasang ok.. 
kalu rse xnak guna dapur gas pun boleh ye...
caranye??
camni haa....


sorang tolong  nyalakan lighter..
dan sorang lg pegang periuk..
pastikan api lighter tidak terpadam dan kedudukannya dibawah periuk..
sesiapa yang sgt3 pandai boleh ikut cara nie ok..=p


masa nak tgu pengat labu nie masak..
kite kete timbuk kuah pengat..
timbuk 2 apa??
kacau kot..labih kurang cam 2 ar..
xpaham lagi??
xpe2..meh cik aien tunjukkan...


tiru mcam nie!!hehe


ok guys!!
pengat labu da semakin empuk nampaknye...
untuk pastikan pengat da masak...
kite kene cucuk labu tue..
lau da lembut....
ok!!
siap!! 


bagaimanakah hasilnya??
taraaa!!!


 emmm..edap nyer...auum!!


::: berkat abah suke bercucuk tanam :::

masa untuk makan!!
best2!!


nasihat untuk kali nie..
"rajinlah berbudi dengan tanah"





 






Monday, January 24, 2011

:::::SELaMat ULaNg TaHuN YaNg Ke-22 SayANgKu:::::



assalamualaikum...
hari nie 25 januari 2011...
hari selase..
genap umurku 22tahun!!


dah 22thun hidup..syukur atas nikmatmu ya allah.....



ade celebrate x??
hehe..dulu2 kat asrama wktu blaja..
da confirm dapat kek sebiji ngan tepung!!
haha..
sgt bahagia!!
dimana kawan2 ku skang??
tolong lar celebrate bdayku ini!!
hehe..
2 semua kenangan yg akan terus tersimpan
 =)


cik aien kan suke bercerita..
so,lau nak cite sgala yg pernah berlaku selama 22thun nie..
fuh!
xtau nak ckap ar..
ponat eden!!
hehe..
da mcam2 kot yg cik aien lalui
:: sedih
:: gembira
:: bahagia
:: derita
:: ceria
:: dan lain-lain...hehe =p


terima kasih kepada :
:: mak abah..sbb dah bersusah payah menjaga n membesarkan cik aien sampai da jdi beso camni...
sbb selalu doakan kejayaan cik aien..
sbb selalu sediakan keselesaan cik aien untuk belajar..
dan untuk segala2nya..
mak..
abah..
love u more than everything!!


ckap pasal mak abah nie kan....
td mase cik aien dok tengah mnaip post nie...
tbe2 mak dtg..
mak ckap camni...
 
"selamat hari lahir..mak xde ape lar nak bg hadiah..meh nak cium.."kata mak..
pastu mak cium pipi n dahi cik aien..
waa...gua nak ngis beb!!!
terharu!!
terima kasih mak!


 mak xsuke bergambar...so,terpakse curi2 jek..hehe



nie pun gambar curi2..hihi..abah xsuke bergambar!

mereka membuat hidupku bersemangat!!

hidup nie xlari daripada ditimpa dugaan kan??
cik aien ade jgak dugaan hidup..
 selama 22thun nie..
antara dugaan yg cik aien rase cam lemah jek nak lalui
ialah...

<< bonda tercinta sakit >>

:: bonda tercinta ::

bonda yg dulu sgt3 byak bercerita..
bonda yang dulu sgt3 suke msak untuk kami sekeluarga..
bonda yang dulu sgt3 rajin menguruskan hal rumah..
bonda yang dulu sgt3 ceria wajahnya..
bonda yang dulu sgt3 menyenangi hati kami!!


:: bila bonda sakit ::


bonda yg sekarang sgt3 tidak bercerita..
bonda yang sekarang tidak boleh masak untuk kami sekeluarga..
bonda yang sekarang tidak mampu menguruskan hal rumah..
bonda yang sekarang sgt3 muram wajahnya..
bonda yang sekarang sgt3 membimbangkan hati kami!!


:: hati yang tidak kuat ::

hati cik aien tidak kuat bila melihat mak sakit..
mak dah kurus!!
ya allah...sedihnye rase...
=(

tetapi!!

:: allah tidak menguji sesuatu pekara diluar kemampuan hambanya ::


berpegang kpada ayat tue...
cik aien harus berdoa dan terus berdoa..
tidak ade guna untuk terus berduka!!
ujian itu tanda kasih sayangNYA kepada hamba2NYA...


:: usaha dan tawakal itu penting ::


berkat usaha  abah yang tak putus2..
berkat tawakal kepada yang MAHA ESA..
maka..
bonda semakin sihat dan ceria!!
terima kasih allah!!
syukur..
=)



ok guys!
cik aien nak ucapkan terima kasih kepada..
sahabat2 yang sudi wish bday pada cik aien..


bersyukur ke hadrat illahi kerana..
masih diberi nafas hingga ke hari ini..


kepada cik aien :

* semoga panjg umur..
* semoga rezeki dimurahkan..
* semoga dapat keje yang bagus..
* semoga hidup dlam keberkatanNYA..
* semoga bahagia dan ceria selalu..
* semoga segalanya BAIK!!



nah amik bunga nie!untuk cik aien!!


waa...cik aien dapt bunga!!suke3!!hehe...
tapi nak kek jgak..........boleh x??
nak kek plak??
boleh2..jap tau!
taraaa.........!!


amik kek nie..da puas hati??


ok2..da..xmintak pe2 da...hehe..
tue sekadar gambar hiasan jek..hihi..=p


:: hadiah untuk cik aien ::



cik aien akan mula bekerja pada..
14 februari 2011!!
teruje!!
xsabar!!
seronok!! 


tgok..ceria kan muka cik aien..hehe..


ok lar..xthu nak cite pe dah..
cik aien da penat!
  tata..muah!
..hehe..


"allah tidak menguji sesuatu pekara diluar kemampuan hambanya"