BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 28, 2011

CIK AIEN jadi penulis cerpen!!!


assalammualaikum..
kali nie cik aien nyer entry len ckit...
why dear??
sbb cik aien nak join contest!!
firts time der!!
contest pe nie cik ain??
mai nak cita...


untuk join contest nie..
cik aien harus reka karangan atau puisi secara berurutan
berdasarkan perkataan2 tersebut :

:: tepung talam
:: gangguan seksual
:: permata
:: makna kembiri
:: halwa maskat
:: kak cik seroja
:: pakaian untuk mendaki
:: sajak ulang tahun kelahiran
:: zombi kampung pisang
:: jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi


eh2 jap...
anjuran sapa nie cik aien?
taraa.....

blog kak cik


::: maka ini adalah hasilnya :::



Pertama kali kami bertentang mata. Tiada apa-apa  yang kurasa. Cinta? Hmm... tak mungkin.Aku tidak pernah memikirkan hal cinta lagi setelah aku gagal di dalam dunia cintaku suatu ketika dahulu. Pedih. Itulah yang aku rasai ketika hati aku dilukai, dan kerana itulah aku tidak sanggup untuk membayangkan bercinta dengan dia yang tidak aku kenali.


Namun, siapalah aku untuk menghalang cerita yang telah diatur oleh yang maha berkuasa. Aku rela dengan kisah baru hidupku.


Tit..tit..lamunan aku diganggu oleh bunyi mesej dari telefon bimbitku. Tanpa berlengah aku trus mencapainya dan membaca mesej yang entah dari siapa pengirimnya.


hai ayg..tgah wat pe 2..syg da smpai uma nie.igt janji ayg tau!


Janji? Aku hampir terlupa akan janji aku padanya. Membuat kuih tepung talam! Kerana dialah aku belajar membuat kuih kesukaannya itu.


“Demimu sayang apa sahaja akan aku usahakan.” Kata aku sendirian sambil tersenyum.


Kuih telah pun tersedia di atas meja. Aku mencapai surat khabar untuk mengetahui isu-isu semasa. Memang begitulah rutin harianku. Sehari tidak menyelak surat khabar ibarat tidak sempurna hidupku.


Aku tertarik dengan satu artikel iaitu tentang gangguan seksual yang semakin menjadi-jadi dikalangan rakyat Malaysia sekarang, sampaikan aku hendak keluar rumah pun aku rasa takut. Entah bila semua ini akan berakhir. Kesian aku melihat orang-orang yang menjadi mangsa mereka yang tidak berhati perut. 


Setelah selesai membaca surat khabar aku mencapai pula buku Permata Hatiku. buku ini membawa makna yang sangat dalam pada aku kerana buku ini adalah pemberian kekasih hatiku. Terima kasih sayang!

“Assalammualaikum, hai saya Zulfazli, boleh saya duduk sebelah awak?” sapa lelaki itu. 

“Waalaikumussalam, saya Radiatul Ain.Tempat nie bukan hak saya dan sesiapa saja boleh duduk.” Jawab aku sambil tersenyum.

“Saya perlukan bantuan awak ni, saya nak awak tolong carikan makna kembiri boleh?” Dia bersuara lagi


Entah kenapa sejak petemuan yang pertama itu aku merasakan ada suatu perasaan yang sukar untuk aku ungkapkan. Ah!mungkin itu perasaan aku sahaja.


“Adoi!sakitlah!kau nie bagi salam dulu boleh tak?” jerit aku pada Zati yang tiba-tiba menepuk bahuku.

“Kau ni mengelamun je,orang lain pun bercinta jugak tapi tak macam kau angau! Eh! Aku ada bawakkan kau halwa maskat ni, kak cik seroja yang buat tadi,kau makanlah ye ” balas sahabatku itu.


Ah!terkena aku dengan kata-kata sahabat rapatku itu. Aku bukan angau tapi biasalah kan orang sedang bercinta. Zati merupakan sahabat yang paling rapat dengan aku kerana dialah orang pertama yang aku kenal masa mula-mula aku menjejakkan kaki di tempat pengajianku ini.


Esok aku akan menyertai aktiviti mendaki gunung. Salah satu aktiviti kegemaranku. Walaupun sering dihalang oleh kekasih hati kerana bimbang akan keselamatan diriku tetapi aku tetap berdegil. Aku harus segera mengemas pakaian untuk mendaki kerana awal pagi esok aku harus berkumpul di dewan besar.


Sedang aku mengemas tiba-tiba melayang sekeping kertas dari celah-celah lipatan pakaianku di dalam almari itu. Segera aku menyambutnya lalu membaca isi kandungan yang tercoret di atas kertas tersebut. Tertera dengan jelas di atas kertas itu sebaris ayat ‘Sajak Ulangtahun Kelahiran Pujaan Hatiku’. Hatiku disiram perasaan rindu lagi. Zul aku rindukan kau!


Mengenangkan esok aku harus bangun awal maka aku harus tidur awal malam ini. Kalau dilayan perasaan angau aku sampai esok pun aku mampu berangan. Aduhai terkena aku dengan panah tajam cintamu sayang!


Entah kenapa zombie kampung pisang pulak yang menjadi penyeri mimpi tidurku. Akibat penat mimpi lari dikejar zombie aku terjaga daripada lena. Tiba- tiba aku terkenang bonda yang jauh dimata. Sudah lama aku tidak mendengar leteran bonda. Masih aku ingat akan pesanannya.


Jika terdengar suara azan bergema sayup menjelang pagi kamu mesti bagun supaya senang rezeki masuk, jangan diikut mata yang mengantuk tu! ” pesan bonda kepada anak perempuannya ini.


Hmm..jam menunjukkan pukul 6.00 pagi. Aku bangun longlai menuju ke bilik mandi membersihkan diri untuk menunaikan tanggungjawab aku sabagai hambaNya. Sejuk!


Setelah usai solat subuh, aku menadah tangan memohon seribu pertolongan dari yang Maha Kuasa. Terase begitu kerdil diriku ketika ini.



“Ya allah..aku memohon keampuan kapadamu di atas segala dosa-dosaku ini dan aku mohon kau permudahkanlah segala urusanku..Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan dia milikku satukanlah hatinya dengan hatiku. Titipkanlah kebahagiaan antara kami agar kemesraan itu abadi. Tetapi Ya Allah.. Seandainya telah Engkau takdirkan dia bukan milikku Engkau bawalah dia jauh daripada pandanganku. Luputkanlah dia dari ingatanku. Dan periharalah aku dari kekecewaan.Ya Allah...Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat. Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai..Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin..” Semoga allah mendengar rintihan hatiku ini..


Aku da terlewat!aduh..........


jika ini takdirnya....amin..=)
 ok guys!
siap! 
hanya rekaan semata-mata ok!!
hehe..
















2 comments:

Kakcik Seroja said...

Terima kasih Aien kerana sudi turut serta. Menarik coretan Aien ni. :)

Kakcik dah letakkan link ini di sana.

Cik Aien said...

ok same2..=)